Sunday, 27 January 2013

SESI PEMBELAJARAN DI PRASEKOLAH

Murid-murid melakukan aktiviti mewarna

Murid-murid tekun menyiapkan tugasan

Berkomunikasi dengan rakan dalam kumpulan

Hasil kerja Nur Alisya Khairina

ASPEK-ASPEK UTAMA DALAM PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Berdasarkan teori Feldman (1991), terdapat 5 aspek perkembangan kanak-kanak yang utama:

Perkembangan Fizikal
Melibatkan penggunaan otot kasar dan halus. Otot kasar digunakan bagi aktiviti berjalan, berlari dan membaling. Otot halus pula digunakan untuk melukis, menulis, menyuap makanan dan memakai pakaian.

Perkembangan Sosial
Merujuk kepada cara kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak yang lain dan orang dewasa dalam kehidupan mereka. Kemahiran sosial merangkumi berkongsi, bekerjasama dan mematuhi peraturan.

Perkembangan Emosi
Ia melibatkan perasaan kanak-kanak pada diri sendiri, harga diri dan kebolehan menyata atau meluahkan perasaan sendiri.

Perkembangan Bahasa
Merujuk pada kebolehan kanak-kanak mendengar, memahami, bertutur, membaca dan menulis.

Perkembangan kognitif/ intelektual
Merangkumi kebolehan kanak-kanak berfikir, memberi alasan dan menyelesaikan masalah. Ia juga melibatkan pembentukan konsep, mengingati idea dan mengenal objek.

Oleh itu aktiviti mewarna yang dilakukan oleh murid.murid merupakan satu cara untuk melatih otot-otot halus seperti memegang pensel warna dengan cara yang betul. Walaupun ianya nampak mudah tetapi bagi kanak-kanak kemahiran ini perlu dipelajari dan bukannya datang secara semulajadi. Selain itu aktiviti mewarna juga dapat mengukuhkan konsep seperti epal berwarna merah dengan mewarnakan epal menggunakan warna merah. Bagi kanak-kanak yang tidak membawa pensel warna ke sekolah, mereka akan memajukan perkembangan sosial dan bahasa kerana perlu bermanis mulut meminjam dan berkongsi dengan orang lain. (Harap-harap ibu bapa dapat membekalkan peralatan menulis yang secukupnya)



No comments:

Post a Comment