Monday, 19 November 2012

SEJARAH PRASEKOLAH SKTTJ 2

Prasekolah SK Taman Tuanku Jaafar 2 telah ditubuhkan pada awal tahun 2007.Bangunan  ini terdapat 2 buah kelas,2 buah bilik ,4 buah tandas serta 1 dapur.2 buah kelas ini telah diberi nama iaitu Kelas Pra Impian (kelas 1) serta Kelas Pra Bijaksana (kelas 2).

Pada tahun 2007 iaitu awal penubuhan prasekolah, sekolah telah ditadbir oleh Guru Besar Pn. Hjh. Che Fatimah binti Che Mat. Kelas –kelas ini telah dikelolakan  oleh  2 orang Guru Prasekolah, 2 orang PPM serta  40 orang murid. Pada  masa itu guru prasekolah adalah Pn. Siti Habsah bt. Md  Yusof (Pra Impian) dan  Pn. Siti Hajar bt Kahar  (Pra Bijaksana).Tetapi kedua-dua guru tersebut hanya mengajar sehingga penghujung 2007 sahaja kerana  mereka telah berpindah.

               Maka pada awal persekolahan tahun 2008, Pn. Hjh. Noor Semarli binti Alias selaku Guru Besar yang baharu telah menggantikan Pn. Hjh. Che Fatimah. Prasekolah ini  mendapat 2 orang guru prasekolah baru yang berpengalaman. Mereka itu ialah Pn. Nur`Azah bt. Mohamad Salleh (Pra Impian)  yang dipindahkan kesini dari Negeri Johor dan beliau mempunyai pengalaman mengajar prasekolah 7 tahun semasa di sana.Manakala seorang lagi ialah Pn. Farra Emeliana bt Atan (Pra Bijaksana). Beliau merupakan seorang Graduan Ijazah yang merupakan baru tamat pengajian Perguruan di Institut Perguruan Perempuan Melayu,Melaka. Mereka berdua kekal sehingga kini.

            Prasekolah SKTTJ 2 ini juga mendapat 2 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dari mula penubuhannya sehingga sekarang.Mereka merupakan Pn. Norfarizan bt. Mokhtar  (Pra  Impian) dan Pn. Rahayu bt. Abdul Wahab (Pra Bijaksana).

             Pada awal tahun 2012,sekolah SKTTJ2 telah mendapat perluasan sebuah lagi kelas prasekolah dan ini menjadikan jumlah kelas sebanyak 3 buah kelas iaitu Pra Cemerlang, Pra Bijaksana dan Pra Gemilang. Mulai tahun  2012 ini juga, kelas Pra Impian telah ditukar nama kepada Pra Cemerlang. Manakala pendaftaran murid dari tahun ke tahun juga bertambah ,jika sebelum ini kehadiran murid seramai 50 orang murid tetapi kini telah bertambah menjadi  75 orang murid bermula pada tahun 2012.

            Mulai Februari 2012, Puan Mastura bt Md Nasir telah ditempatkan sebagai guru kelas Pra Gemilang. Namun begitu, sesi pengajaran dan pembelajaran diteruskan dibangunan lama kerana kelas prasekolah yang baru masih belum siap sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment